Followers

Powered by Blogger.
RSS

Soalan penting bahagian kemahiran geografi

1.  Arah sungai

2.  Bearing (Bearing sudutan atau sukuan)

3.  Fungsi Pekan atau bandar

4.  pola petempatan penduduk

5. ukur jarak sungai

6. ukur luas kawasan samada kawasan sawah atau tasik

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sepintas lalu Sukatan Geografi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sepintas lalu Sukatan Geografi PMR (Bahagian Kemahiran Geografi)

Bahagian 1 : Kemahiran Geografi

Bahagian kemahiran Geografi tingkatan 1, 2 dan 3 merangkumi tajuk-tajuk yang sama tetapi aras kognitif  saja yang tidak sama. contohnya tajuk tingkatan satu lebih mudah dari tingkatan 2 dan tingkatan 3 lebih mendalam dan tahap kognitif lebih tinggi.  pada bahagian ini juga para pelajar didedahkan dengan soalan-soalan pengiraan dan beberapa alatan penting perlu dibawa seperti PEMBARIS, JANGKA SUDUT, JANGKA LUKIS, dan BENANG  untuk tujuan mengukur.

TERDAPAT 6 SOALAN YANG AKAN DITANYA DALAM PEPERIKSAAN PMR IAITU SOALAN 1 HINGGA 6 DAN BERDASARKAN PETA TOPO YANG DIBERI. AWAS !!! JANGAN ADA SALAH BAGI SOALAN-SOALAN INI.

Terdapat beberapa tajuk dalam bahagian kemahiran Geografi antaranya :-

1.  Kedudukan

2. Arah

3.  Jarak dan Skala

4. Peta

5.  Graf dan Carta

6. Rajah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips-Tips Menduduki Peperiksaan PMR

1.  Para Pelajar hendaklah banyak membuat latihan latih tubi dari buku-buku latihan atau soalan-soalan yang lalu kerana kebanyakan soalan yang keluar adalah dari tahun-tahun yang lepas.

2.  Latihan perlulah dilakukan pada siang hari iaitu sebelah petang dan malam digunakan untuk mentelaah matapelajaran

3.  Jika ada soalan yang tidak faham hendaklah bertemu dengan guru untuk bertanya permasalahan.

4.  Masa yang sesuai untuk mentelaah ialah dari pukul 4.00 pagi sampai subuh kerana pada waktu begini lebih sunyi dan rasa labih segar

5.  Pelajar hendaklah menulis nota ringkas dan penting semasa mentelaah matapelajaran

6.  Latihan yang dilakukan hendaklah diserahkan kepada guru untuk diperiksa dan beri tumpuan kepada jawapan yang salah.

7.  Berdoa dan bertawakal kepada Allah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Prakata

Assalamualaiku W.B.T dan salam sejahtera

Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi kerana blog ini berjaya di hasilkan dengan jayanya. Blog ini dihasilkan dengan bantuan rakan-rakan seperjuangan yang tidak lokek ilmu walaupun pada asasnya saya tidak mahir dalam bidang ict.
Tujuan penghasilan blok ini ialah untuk membantu dan memberi tunjuk ajar kepada para pelajar dalam matapelajaran Geografi yang akan menduduki PMR di seluruh Malaysia.  Ilmu jika sebesar mana sekalipun jika dikongsi amatlah menjadi kerugian dan jika dikongsi ilmu tidak akan habis tetapi akan lebih berkembang dan diharap dapat dimanfaat oleh semua.
Jadi saya menyimpan cita-cita sejak sekian lama ditambah dengan letusan teknologi yang berlaku muktakhir maka terhasillah blog ini yang mengkhususkan pengajian bidang Geografi PMR. Saya merasakan wajar ilmu ini dikongsi memandangkan saya  mempunyai pengalaman selama 10 tahun mnenjadi pengajar disekolah menengah dalam bidang Geografi dan saya juga berkelulusan dalam bidang Pengajian geografi di Universiti SainsMalaysia.
Maka, dengan ini diharapkan Blog ini akan membantu para pelajar menuju kecemerlangan yang jitu dalam peperiksaan PMR insyaalah. Wasallam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS